Hajat Mahu Memperkenal Bakal Suami Kepada Keluarga Tak Kesampaian…..| GUA MUSANG – Hajat anggota tentera berpangkat sarjan, Akhma Zuyana Ismail, 34, memperkenalkan bakal suaminya, Noor Izwan Mohd Nor, 29, kepada keluarga tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 14, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, jam 2.15 pagi tadi.
Menurut adik mangsa, Akma Zuknaida Ismail, 29, kali terakhir dia berkomunikasi dengan kakaknya itu pada jam 10.11 malam semalam menerusi aplikasi WhatsApp.
“Arwah memberitahu dalam kumpulan WhatsApp adik-beradik kami supaya semua keluarga berkumpul di rumah, di Paloh 1.
“Dia pulang ke kampung atas dua hajat iaitu memperkenalkan bakal suaminya dan menyerahkan cek insurans arwah adik kami yang meninggal dunia pada September tahun lalu akibat kemalangan di Kajang.
“Malah, dia juga turut berpesan kepada saya agar membuat kek untuknya kerana sudah lama tidak makan kek saya buat,” katanya yang memberitahu Allahyarhamah dan bakal suami bekerja di tempat yang sama iaitu Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia, Kementah Jln Padang Tembak, Kuala Lumpur.
P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!
The post Hajat Mahu Memperkenal Bakal Suami Kepada Keluarga Tak Kesampaian….. appeared first on EKSIDENZ.