Quantcast
Channel: kemalangan – EKSIDENZ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 18

SEDIH !!! Kisah Bekas Anggota Polis Kemalangan Maut Menyedihkan Orang Ramai !!!

$
0
0

SEDIH !!! Kisah Bekas Anggota Polis Kemalangan Maut Menyedihkan Orang Ramai !!! RANTAU PANJANG – Rutin harian seorang bekas anggota polis ke tanah perkuburan terbantut apabila terlibat dalam kemalangan, jam 8 pagi tadi.

image (1)

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, mangsa, Mohd Saman Awang, 69 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss sendirian dari arah Lubok Stol ke Rantau Panjang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van yang dipandu dari arah bertentangan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut bagaimanapun, pemandu van berkenaan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Fatimah Mat Noor, 56, berkata, dia hanya mengetahui kejadian ini selepas dimaklumkan oleh penduduk di sini.

Menurutnya, selepas bersara, arwah aktif dalam program kebajikan masyarakat dan memegang jawatan sebagai Bendahari Masjid Lubok Stol.

“Selepas hantar anak bongsu ke sekolah, arwah akan ke beberapa tanah perkuburan di mukim ini.

“Biasanya siram pokok, racun dan tebas lalang kemudian barulah ziarah pusara arwah bapa serta saudara-mara lain,” katanya.

Fatimah berkata, arwah seorang yang sangat rajin namun tidak menyangka rutinnya ke tanah perkuburan pagi itu adalah perjalanannya buat kali terakhir.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post SEDIH !!! Kisah Bekas Anggota Polis Kemalangan Maut Menyedihkan Orang Ramai !!! appeared first on EKSIDENZ.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 18